Sabah Rekod 2,537 Kes Denggi Setakat 26 Jun

Dr Christina Rundi

KOTA KINABALU: Sebanyak 2,537 kes demam denggi direkodkan di Sabah setakat 26 Jun lalu dengan Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 648 kes.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata ini diikuti Sandakan (428 kes), Semporna (385), Tawau (310) dan Lahad Datu (261).

“Sehingga semalam terdapat tujuh daerah melaporkan 17 wabak aktif penyakit demam denggi di seluruh Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah di kawasan terbabit mendapati terdapat banyak sumber pembiakan nyamuk Aedes seperti takungan air jernih di dalam pasu bunga.

Sehubungan itu, Dr Christina meminta orang ramai menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan rumah masing-masing.

Sementara itu, beliau berkata sehingga semalam, Sabah mencatatkan 16 kes penyakit kolera termasuk dua kes baharu masing-masing satu di Semporna dan Beaufort.

“Berikutan kes baharu di Beaufort, maka daerah berkenaan dikenal pasti sebagai daerah baharu wabak kolera di Sabah,” katanya. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *