BERSATU Sabah Bersedia Hadapi Pilihan Raya Kilat

Pengerusi PPBM Sabah Hajiji Noor (tengah) mempengerusikan mesyuarat parti itu bahagian Tuaran hari ini yang menyaksikan ahli supaya bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kilat.

TUARAN: PPBM Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah hari ini mengisytiharkan parti itu bersedia menghadapi pilihan raya kilat susulan ketidaktentuan politik yang berlaku.

Pengerusi negeri Hajiji Noor berkata, PPBM Sabah bersedia untuk menggerakkan jenteranya dan berusaha sebaik mungkin bagi menjamin kemenangan Perikatan Nasional (PN), termasuk sekutunya PBS, PBRS, STAR Sabah, Umno dan MCA.

“Walaupun belum ada pengesahan sama ada pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat atau tidak, PPBM Sabah mesti bersiap sedia bagi menghadapi apa-apa juga cabaran politik, termasuk pilihan raya kilat.

“Saya menggesa semua ketua bahagian di Sabah supaya bersiap sedia untuk menggerakkan jentera kempen terlebih awal.

“Sekiranya pilihan raya kilat diadakan, kita akan bersedia untuk bertindak pantas dan meraih mandat baru daripada rakyat untuk memimpin negara,” katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat bahagian Tuaran. – FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *