Selepas 30 Tahun, Liverpool Muncul Juara EPL

You’ll never walk alone!

Lagu itu menjadi ingatan sentiasa terutama bagi penyokong setia The Reds apabila pasukan Liverpool berjaya merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kemenangan kali pertama dalam 30 tahun ini dicapai selepas Manchester City tewas kepada Chelsea 2-1 awal pagi ini.

Pasukan kendalian Jurgen Klopp itu sebelum ini hanya memerlukan satu kemenangan sebelum dinobatkan sebagai juara.

Namun kekalahan City yang berada di kedudukan kedua liga, mempercepatkan kemenangan itu.

Penularan pandemik COVID-19 di seluruh dunia yang mengubah segala bentuk permainan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tidak mematahkan semangat bagi peminat liga juara yang menantikan saingan untuk terus beraksi.

Akibat pandemik itu, tiada sambutan secara besar-besaran dibuat seperti sambutan kemenangan oleh kelab-kelab sebelum ini.

Hanya puluhan peminat berada di luar Anfield apabila wisel penamat perlawanan dibunyikan di Stamford Bridge, diikuti sorakan dan percikan bunga api. 

“Ini satu momen yang sangat istimewa, saya sangat sangat terharu,” kata pengurus Liverpool Jürgen Klopp, yang hampir mengalirkan air mata kegembiraan ketika bercakap kepada stesen Sky Sports menerusi video.

“Saya tak sangka begini perasaannya. Saya tak pernah tahu,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *