Pemilik Akaun Facebook Fitnah Polis Beluran Diburu

BELURAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung pemilik akaun Facebook yang dipercayai mengeluarkan kenyataan untuk mempertikaikan ketelusan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran.

Ia susulan video berdurasi tujuh minit yang tular dipercayai dirakam pemilik akaun berkenaan mengandungi kenyataan berunsur fitnah dan cubaan untuk menjatuhkan nama baik IPD Beluran dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata tiada tangkapan dibuat setakat ini dan polis masih mengenal pasti pemilik akaun berkenaan.

“Siasatan awal mendapati penularan video itu adalah berkait dengan tangkapan membabitkan kes pertengkaran di hadapan Pasaraya Gemilang Beluran yang dibuat anggota polis IPD Beluran ketika melakukan rondaan cegah jenayah.

“Pemilik akaun Facebook tersebut mempertikaikan tindakan pihak polis dan menyatakan tindakan anggota berkenaan seolah-olah tidak telus ketika kejadian berlaku,” katanya.

Kasim berkata, siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

SumbeR: BeritaSabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *