Kedai Nombor Antara Yang Dibenarkan Operasi Semula

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah hari ini memutuskan untuk membenarkan beberapa lagi perkhidmatan untuk beroperasi semula.

Antaranya ialah kolam renang umum, premis billiard dan snuker termasuklah kedai menjual nombor ramalan berlesen.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak yang berwajib.

Selain itu, kerajaan Sabah juga memutuskan untuk membenarkan peniaga atau pelabur warga asing masuk ke negeri ini.

Walau bagaimanapun, Ketua Menteri berkata, golongan itu dikehendaki untuk mengisi borang pengisytiharan kesihatan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Jelas Ketua Menteri, kebenaran kemasukan itu juga tertakluk kepada peraturan-peraturan Jabatan Imigresen Malaysia (Negari Sabah) dan pihak yang berwajib yang sedang berkuat kuasa.

Dalam pada itu, semua masyarakat di negeri ini diingatkan untuk mengamalkan 3S iaitu jauhi kawasan sesak, elakkan kawasan yang sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *