Warga Tua Hilang Dipercayai Disambar Buaya

BELURAN: Seorang warga emas hilang disyaki dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Banang, Paitan, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, Peredot Kanon, 62, dipercayai sedang mencuci pakaian dan mandi bersama anaknya di tebing sungai sebelum disambar buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Rastam Keladi, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan hari ini selepas kejadian dimaklumkan kepada bomba pada jam 7.30 pagi.

Katanya, operasi membabitkan lima anggota bomba bersama sebuah bot.

“Mangsa belum ditemui sehingga kini. Operasi mencari masih diteruskan,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *