Budak Bawah Umur Ajak Zizi Buat Maksiat

Zizi Kirana lebih suka menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkan budak bawah umur yang sering mengganggu dengan mesej nakal.

KUALA LUMPUR: Penyanyi Hip Hop, Zizi Kirana, 35, masih lagi diganggu mesej nakal dalam laman sosial, Instagram.

Biarpun beberapa kali diberikan amaran, tetapi mereka tidak pernah serik menghantar mesej lucah.

Terbaharu, Zizi berkata, dia menerima mesej seorang budak bawah umur yang mahu mengajaknya melakukan hubungan seks.

“Ikutkan hati memang nak marah, tetapi saya lebih suka menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkannya supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Tiada guna marah-marah, kena cari pendekatan lain untuk menasihat budak bawah umur,” katanya kepada BH Online.

Zizi kelihatan manis apabila mengenakan hijab pada Ramadan lalu. Penampilannya mendapat pujian netizen sebaik sahaja foto bertudung dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG).

Bagaimanapun, tindakannya membuka semula tudung dan berimej seksi yang cukup sinonim dengannya menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan netizen, sekali gus meletakkan dirinya dalam situasi penuh bara.

Untuk mengelakkan kekeliruan, Zizi berkata, imej berhijab itu bukanlah kekal, sebaliknya ia adalah bagi menghormati kehadiran bulan yang penuh kemuliaan itu.

Zizi Kirana akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan bagi melatih diri dan menghormati bulan mulia. - Foto IG Zizi Kirana
Zizi Kirana akan mengenakan hijab sepanjang Ramadan bagi melatih diri dan menghormati bulan mulia. – Foto IG Zizi Kirana

Penyanyi Nak Ke Tak Nak dan Boleh Jalan itu berkata, ini bukan kali pertama dirinya berhijab pada Ramadan, malah berbuat perkara sama, tahun lalu.

“Saya sendiri tak faham kenapa netizen perlu nak memperbesarkan soal ini kerana saya sudah menjelaskan perkara itu sejak awal lagi. Saya faham ramai yang suka melihat saya berhijab.

“Apa yang boleh saya katakan, doa sahaja yang baik-baik. Jika ikutkan, saya malas nak layan komen negatif, tetapi apabila ada yang melampaui sampai menggunakan bahasa kesat, saya terpaksa mempertahankan diri.

“Memanglah teguran dibuat sebagai tanda sayang, tetapi jika sampai tahap guna perkataan kesat dan menyakitkan hati, itu memang saya tak boleh terima,” katanya.

Zizi mempersoalkan, seksi sangat gambar yang dimuat naik?

“Bagi saya, biasa sahaja. Lagipun semua orang tahu saya selesa dengan penampilan sebegitu.

“Janganlah cepat menghukum orang hanya berdasarkan pakaian. Setiap orang pasti ada sisi baik dalam kehidupannya. Sama seperti orang lain, saya juga mempunya impian untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.

Mengulas kenyataan bertemu jodoh dengan ustaz, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil berkata, jodoh itu rahsia Allah.

“Saya tak tahu siapa jodoh saya. Jika sudah tertulis jodoh saya dengan ustaz, takkanlah saya nak menolaknya. Siapa pun jodoh saya saya terima dengan hati yang terbuka.

“Tidak dinafikan, ramai golongan ustaz mula mendekati. Saya sendiri terkejut apabila pengurus menunjukkan mesej peribadi yang dihantar ramai lelaki yang mendakwa diri mereka adalah ustaz.

“Rata-rata melahirkan hasrat untuk mengenali saya dengan lebih dekat lagi, malah ada antara mereka yang sanggup menunjukkan kehebatan mengaji dan memberitahu mereka menghafal pelbagai surah sebagai bukti mereka adalah ustaz,” katanya.

Katanya, jika bukan ustaz pun, ada yang menghantar mesej mahu memperkenalkannya dengan kawan mereka yang juga seorang ustaz.

“Apabila situasi ini berlaku, terdetik dalam hati apa yang mereka nampak dalam diri saya hingga ingin berkenalan. Selalunya golongan ustaz mencari pasangan yang menutup aurat.

“Saya tidak melayan, cuma baca sahaja. Tak balas apa-apa pun sebab tak nak menyusahkan diri.

“Kalau baca sambil gelak-gelak sebab lucu. Apapun saya hargai usaha dan keikhlasan mereka. Cuma, buat masa ini, saya lebih selesa untuk fokus pada kerja,” katanya.- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik đŸ‘‰Â https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *