Lelaki Maut Motosikal Rempuh Lori Di Jalan Kunak-Tawau

Foto Ihsan Pembaca

KUNAK; 24 JUN 2020 (Rabu) – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggang merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 12 Jalan Kunak-Tawau, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.20 pagi itu, mangsa berumur 62 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kunak, Supritendan Dr. Baharin Md Tahir dalam kenyataan medianya berkata, siasatan awal mendapati, lori dipandu lelaki berumur 64 tahun bersama seorang penumpang berumur 33 tahun dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu.

Foto BESTAWAUfm

Beliau berkata, pemandu lori telah berhenti kerana terdapat sebuah lori di hadapannya turut berhenti bagi memberi laluan kepada kenderaan dari arah bertentangan untuk bergerak memandangkan terdapat sebuah lori yang rosak berada di kedudukan sebelah kanan arah ke Lahad Datu.

Katanya, secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa telah terlanggar bahagian belakang lori berkenaan.

Foto BESTAWAUfm

Menurut Supritendan Baharin, rempuhan itu mengakibatkan mangsa cedera parah di bahagian kepala dan dalaman sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Mayat kemudian di hantar ke Hospital Kunak dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

#BESTAWAUfm

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *