Persediaan Pembukaan Sekolah Di Sabah Berjalan Lancar

KOTA KINABALU: Menjelang dua hari pembukaan semula sekolah setelah ditutup akibat penularan jangkitan Covid-19 sejak Mac lalu, segala persediaan dilihat berjalan lancar.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Dr Mistirine Radin berkata, pemantauan di 11 buah sekolah termasuk sekolah rendah dan swasta di daerah ini dan Penampang menunjukkan persiapan dan prosedur operasi standard (SOP) disediakan dengan baik.

“Saya berpuas hati dengan tahap persediaan sekolah-sekolah ini dengan beberapa penambahbaikan turut dilakukan.

“Oleh itu, pada 24 Jun ini, saya memilih untuk melawat dua lagi sekolah rendah dan dua sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau dijadualkan mengadakan lawatan ke Maktab Nasional, Sekolah Indonesia Kota Kinabalu, Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara dan SK Malawa pada Rabu ini sempena hari pertama pembukaan semula sekolah.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *