2,499 Pelajar Mula Bersekolah Di Lahad Datu

Sekolah Menengah Sains Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebanyak 11 sekolah menengah di sini akan memulakan sesi pendidikan norma baharu bermula esok.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Lahad Datu Suharpi Lasuddang berkata, sesi persekolahan yang bermula jam 7 pagi hingga 2 petang itu melibatkan 2,499 pelajar.

“Sejak dua minggu lalu, setiap sekolah telah melakukan persediaan pembukaan semula sekolah dan 11 sekolah menengah di sini juga telah melakukan simulasi persekolahan seperti ditetapkan,” katanya ketika ditemui di sini.

Suharpi Lasuddang

Menurutnya, empat sekolah akan dibuka untuk sesi pembelajaran tingkatan lima iaitu di Sekolah Menengah Sains Lahad Datu yang mempunyai 87 pelajar, SMK Terusan (173), SMK St. Dominic (190) dan SMK Silabukan (134).

Manakala tujuh sekolah lain dibuka untuk pelajar tingkatan lima dan enam ialah SMK Sepagaya mengendalikan 330 pelajar tingkatan lima dan 107 pelajar tingkatan enam, SMK Agaseh (393/143) SMK Segama (136/38), SMK Tungku (188/33), SMK Desa Kencana (273/48), SM Cina (28/15) dan Kolej Vokasional Lahad Datu (81/102).

Mengulas lanjut, semua sekolah telah dibekalkan pelitup muka untuk diagih-agihkan kepada pelajar.

Katanya, setiap pelajar akan menerima 12 keping pelitup muka manakala cecair pensanitasi tangan untuk sekolah sumbangan Kerajaan Negeri Sabah.

 Pengukuran tepat penjarakan sosial yang diusahakan pihak sekolah.
UKUR JARAK: Pengukuran tepat penjarakan sosial yang diusahakan pihak sekolah.

“Pembukaan semula sesi persekolahan ini memerlukan kerjasama semua pihak terutama ibu bapa dalam memastikan kelangsungan pelajaran mereka berjalan lancar.

“Amalan norma baharu di sekolah perlu diberi perhatian kerana dengan menjayakan penjagaan kendiri terutama pematuhan Tatacara Pengendalian Piawai (SOP), sesi pembelajaran dapat berjalan lancar seterusnya mempersiapkan diri menduduki peperiksaan utama yang menjelang tiba nanti,” katanya.- Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *