Pemandu Maut, Kelindan Parah Nahas Dua Lori

Keadaann kedua-dua lori dalam kemalangan tersebut.

KINABATANGAN: Pemandu lori maut, manakala kelindannya parah apabila lori 10 tan dinaiki merempuh sebuah lagi lori yang membawa muatan sawit di Kampung Sentosa, Kinabatangan-Lahad Datu, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, lelaki yang maut dikenali, Osman Sibin, manakala kelindan lori belum dikenal pasti identitinya.

Difahamkan, mangsa bersama kelindannya dalam perjalanan dari arah Sandakan ke Lahad Datu, sebelum merempuh sebuah lori di hadapan menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaludin, berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 5.59 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 20 kilometer (km) dari balai.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak polis.

“Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital menaiki ambulans,” katanya.- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *