Wanita Rentung Dalam Kebakaran Di Kampung Namukon

Anggota bomba berusaha memadam kebakaran.

TONGOD: Seorang wanita warga tua rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Namukon, dekat sini, malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai, Yang Gimbo, 76, ditemui rentung dalam kejadian kira-kira jam 10 malam.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kebakara

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin, berkata bomba menerima panggilan pada jam 10 malam menerusi talian MERS 999.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi yang terletak 170 kilometer (km) dari balai.

Anggota bomba mengeluarkan mangsa kebakara

“Kebakaran membabitkan sebuah rumah kayu.

“Kebakaran hanya dapat dikawal pada jam 1.04 pagi. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *