Atok Cabul Kanak-Kanak Dipenjara 9 Tahun

Gambar Hiasan

SANDAKAN: Seorang warga emas terpaksa meringkuk dalam penjara selama lima tahun kerana melakukan seksual fizikal terhadap kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun.

Tertuduh berusia 65 tahun itu turut dikenakan dua sebatan selepas mengaku bersalah di hadapan Hakim, Indra Ayub ketika pertuduhan pertama kali dibacakan di Mahkamah Sesyen Jenayah Sandakan, di sini, semalam.

Tiada saksi dipanggil dalam prosiding itu dengan tertuduh diperintahkan menjalani penjara bermula dari tarikh ditangkap pada 2 Julai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mark Kenneth Netto.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga warga tempatan dituduh melakukan seksual fizikal bagi maksud seksual terhadap kanak-kanak itu dengan menyentuh kemaluannya antara jam 11 pagi hingga 3 petang dalam kebun di Kampung Segaliud, Batu 32, pada 31 Mei lalu.

Dalam keterangan kes, tertuduh dengan izin datuk mangsa didakwa membawa mangsa ke kebun miliknya dari Kampung Gum-Gum, Batu 16.

Selepas kejadian itu, tertuduh menghantar kanak-kanak berkenaan pulang dan meninggalkan mangsa bersendirian di tepi jalan.

Mangsa kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya pada 1 Julai sebelum laporan polis dibuat.

Tertuduh juga tinggal sekampung dengan mangsa dan mempunyai hubungan pertalian persaudaraan dengan mangsa iaitu datuk saudara.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16 akta yang sama.- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *