Staf Pejabat Pendidikan Lawati Kampung Sumandak Tular Jawab ‘Exam’ Atas Pokok

Gambar Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

PITAS: Kegigihan seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin yang berusaha untuk mendapatkan capaian internet di Kampung Sepatalang, Pitas bagi menjawab peperiksaan mendapat perhatian ramai.

Video yang memaparkan Veveonah memanjat pokok itu dimuatnaik sendiri olehnya di laman YouTube sehingga tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Gambar Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

Terbaru, menerusi Facebook rasmi,  pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Pitas juga telah melawat Veveonah dan keluarga bagi melihat keadaan di kawasan tempat tinggal gadis tersebut.

Terbaik semangat adik veveonah dalam menghadapi situasi menjawab exam secara online, dalam keadaan kawasan yang tidak kuat capaian Internet.
Kg Sepatalang, Pitas, semoga adik veveonah akan terus cemerlang dan bersemangat..

Gambar Pejabat Pendidikan Daerah Pitas

Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga merancang untuk membina sebuah menara telekomunikasi baharu di Kampung Bilangau Kecil, yang terletak berhampiran dengan Kampung Sapatalang di Pitas, Sabah, lapor Bernama.

https://www.facebook.com/ppd.pitas/posts/1944107159055638

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: Pejabat Pendidikan Daerah Pitas / SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *