Satu Kes Positif Covid-19 Di Penampang Ada Kontak Rapat Dengan Kes Sebelum Ini

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi

KOTA KINABALU: Satu kes positif Covid-19 yang dilaporkan di Penampang semalam melibatkan wanita berumur 32 tahun yang mempunyai sejarah kontak dengan kes positif Covid-19 sebelum ini.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi berkata, kes terbaharu itu dikategorikan sebagai kes tempatan dan mangsa telah dimasukkan di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Katanya, dengan penambahan satu kes itu,   jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Sabah kini adalah sebanyak 359.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin menegaskan bahawa setiap individu yang diarahkan untuk kuarantin perlu melaksanakan perintah itu dengan penuh tanggungjawab.

Dalam pada itu, JKNS turut yakin bahawa wabak pandemik Covid-19 di negeri ini dapat dibendung kerana rakyat juga takut dan cemas dijangkiti serta sanggup mengambil langkah-langkah pencegahan.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *