Remaja Maut Dibelit Ular Sawa

Foto Liputan6.com

SULAWESI: Seorang remaja di Kabupaten, Sulawesi Tenggara maut selepas dibelit ular sepanjang tujuh meter.

Tribun News melaporkan, kejadian itu berlaku ketika mangsa, Alfian, 16, sedang bercuti dengan rakannya di kawasan air terjun Pergunungan Kahar, Kelurahan Kasipute, Kecamatan Rumbia.

Foto Liputan6.com

Ketika itu, mangsa dilaporkan terpisah dengan rakannya sejauh 10 meter.

“Setibanya di tempat kejadiaan, mereka melihat mangsa dalam keadaan dibelit ular pada bahagian leher manakala kepala reptilia itu menggigit pahanya.

“Melihat keadaan mangsa, rakannya cuba membantu dengan memukul ular berkenaan tetap haiwan itu menyerang semula mereka,” kata Ketua Polis Rumbia, Inspektor Muh Nur Sultan

Menurut Muh, rakan mangsa kemudiannya mendapatkan bantuan daripada penduduk setempat.

Foto Liputan6.com

Sekumpulan penduduk datang sebelum membunuh ular sepanjang tujuh meter itu dengan parang.

Mangsa terlepas daripada belitan ular namun, gagal diselamatkan.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Penduduk setempat membawa mangsa keluar daripada kawasan hutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *