Polis Tahan Lelaki Disyaki Terlibat Kes Samun Bersenjata Di Sandakan

Lelaki diberkas bersama senjata tajam.

SANDAKAN: Seorang lelaki yang disyaki terlibat dengan kes samun bersenjata tajam berjaya diberkas polis di Kampung Tb Ward Batu 2.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, suspek berumur 25 tahun ditahan polis kira-kira jam 12.15 tengah hari.

“Semasa kejadian berlaku di Flat Singluck Building kira-kira jam 10.30 malam pada 8 Jun lepas, mangsa seorang wanita telah didatangi oleh suspek yang cuba menarik beg silang miliknya.

“Ekoran dari itu telah berlaku pergelutan antara mangsa dengan suspek. Suspek kemudiannya bertindak mengacukan senjata tajam ke leher mangsa sebelum melarikan diri bersama barang-barang milik mangsa,” katanya.

Beliau berkata hasil siasatan polis terhadap suspek telah membawa kepada penemuan semula pelbagai barangan milik mangsa di rumah suspek antaranya, beg silang, kad pengenalan, kad bank dan lesen memandu.

“Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Mohd Azhar berkata kes berkenaan kini disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun keseksaan dan Seksyen 397 kanun sama.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *