Lantik KM, Bubar DUN Adalah Budi Bicara TYT

Banyak media baru-baru ini melaporkan mengenai kemungkinan ada ahli politik di Negeri Sabah yang mahu menukar parti dengan tujuan untuk mewujudkan ‘majoriti’ baru. Ini memerlukan penjelasan mengikut proses undang-undang, bagaimana seorang Ketua Menteri dilantik dan kedudukan DUN oleh Yang Di-Pertua Negeri.

Titik permulaan kepada proses ini ialah melihat kepada Perlembagaan Negeri Sabah (Perlembagaan Negeri) itu sendiri yang menyatakan mengenai peruntukan pelantikan seseorang Ketua Menteri (KM) Sabah dan juga mengenai peletakan jawatan KM, di mana selepas dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli Dewan Undangan.

Artikel 6 (3) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa: –

“Yang di-Pertua Negeri akan melantik sebagai Ketua Menteri seorang anggota Legislatif Dewan Undangan di mana dalam pertimbangannya, beliau mendapat kepercayaan majoriti daripada jumlah Dewan dan akan melantik anggota-anggota lain yang disebut dalam Fasal (2) mengikut nasihat Ketua Menteri daripada kalangan anggota Dewan;… “

OLEH BRENDON KEITH SOH

BRENDON KEITH SOH

KOMEN: Banyak media baru-baru ini melaporkan mengenai kemungkinan ada ahli politik di Negeri Sabah yang mahu menukar parti dengan tujuan untuk mewujudkan ‘majoriti’ baru. Ini memerlukan penjelasan mengikut proses undang-undang, bagaimana seorang Ketua Menteri dilantik dan kedudukan DUN oleh Yang Di-Pertua Negeri.

Titik permulaan kepada proses ini ialah melihat kepada Perlembagaan Negeri Sabah (Perlembagaan Negeri) itu sendiri yang menyatakan mengenai peruntukan pelantikan seseorang Ketua Menteri (KM) Sabah dan juga mengenai peletakan jawatan KM, di mana selepas dia tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti daripada ahli Dewan Undangan.

Artikel 6 (3) Perlembagaan Negeri menyatakan bahawa: –

“Yang di-Pertua Negeri akan melantik sebagai Ketua Menteri seorang anggota Legislatif Dewan Undangan di mana dalam pertimbangannya, beliau mendapat kepercayaan majoriti daripada jumlah Dewan dan akan melantik anggota-anggota lain yang disebut dalam Fasal (2) mengikut nasihat Ketua Menteri daripada kalangan anggota Dewan;… “

Artikel 7 (1) Perlembagaan Negeri pula menyatakan bahawa: –

“Jika sekiranya Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan Legislatif, maka, kecuali atas permintaan Yang di-Pertua Negeri, perlulah membubarkan Dewan dan Ketua Menteri akan meletakkan jawatan bersama ahli-ahli Kabinet.”

Melihat kepada kenyataan di atas, jelas sekali bahawa, Ketua Negeri Sabah mempunyai budi bicara untuk melantik KM yang biasanya mendapat kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada tafsiran dan praktik semasa kuasa perlembagaan ini, Ketua Negeri boleh memutuskan siapa yang mempunyai kepercayaan majoriti dengan bukti luaran seperti deklarasi statutori dan atau wawancara dengan Ahli DUN berkenaan. Belanjawan Negeri yang diluluskan akan mengukuhkan dan menunjukkan keyakinan seumpama itu dalam Kerajaan Negeri.

Jika pada bila-bila masa selepas itu, dibuktikan dan Ketua Negeri berasa berpuas hati bahawa KM tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti, KM itu selain daripada meletak jawatan, beliau ada pilihan untuk meminta pembubaran Dewan yang akan membuka laluan untuk pilihan raya Negeri yang baru. Namun, permintaan itu tidak perlu dikabulkan oleh Ketua Negeri kerana ia adalah kebijaksanaannya sendiri untuk memutuskan sama ada membenarkan pembubaran Dewan dengan cara ini.

Berbeza dengan proses di peringkat Persekutuan di mana majoriti kerusi Kerajaan Perikatan Nasional dilaporkan adalah tipis, di Sabah jumlah gabungan Kerajaan Negeri Sabah digambarkan sebagai besar, dengan 47 daripada 65 kerusi di DUN.

Sebelum ini, pelbagai laporan tular mengenai potensi “menyeberangi jalan” oleh ahli Adun ke parti lain dan ianya dilihat sebagai sama ada tidak membina dan bermanfaat kepada masyarakat kecualilah ia benar-benar ditunjukkan dalam kerangka undang-undang bahawa KM telah berhenti mendapat kepercayaan majoriti.

Proses perlembagaan yang digariskan diataslah yang harus dipatuhi sebagai penentu kerajaan mana yang layak memerintah. Pada masa yang sama dalam keadaan sukar ketika ini, adalah lebih baik para pemimpin memberi tumpuan dengan memerangi pandemic Covid-19 untuk meringankan kesan ekonomi negatif kepada negeri ini dan juga kepada Negara.- BorneoToday

*Brendon Keith Soh adalah bekas Presiden Sabah Law Society

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *