Yong Bidas Liew Tidak Peka Isu Tuntutan Ke Atas Sabah

Bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee membidas bekas menteri undang-undang Liew Vui Keong kerana tidak bersuara berhubung kes mahkamah di Sepanyol.

KOTA KINABALU: Bekas ketua menteri Sabah Yong Teck Lee hari ini menuduh bekas menteri undang-undang Liew Vui Keong tidak peka berhubung tuntutan yang dibuat oleh waris kesultanan Sulu ke atas Sabah di mahkamah di Sepanyol.

Presiden Parti Progresif Sabah itu juga berkata, Liew berkelakuan seperti “penakut” dengan membiarkan kakitangannya menjawab bagi pihak dirinya selain membiarkan isu itu dikendalikan oleh menteri pusat dari negeri itu yang baru dilantik.

Beliau berkata, pihak penuntut, yang dikenali sebagai keluarga Kiram, memfailkan kes itu di Madrid pada 2019 sewaktu Liew masih menteri pusat.

“Dalam kenyataannya, Liew membuat keputusan untuk berselindung di belakang kakitangannya ketika menjawab pertanyaan saya kenapakah pemimpin Warisan di Sabah berdiam diri berhubung isu itu, sekali gus menunjukkan beliau penakut.

“Beliau juga meminta saya bertanyakan soalan itu kepada menteri pusat yang berasal dari Sabah. Ini mengesahkan bahawa beliau tidak peka berhubung perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai respons terhadap pertanyaan Yong, Liew menamakan timbalan menteri pelancongan, kesenian dan kebudayaan Jeffrey Kitingan dan menteri hal-ehwal sabah dan Sarawak, Maximus Ongkili yang berasal dari Sabah, supaya menjawab pertanyaan Yong kenapakah pemimpin Warisan berdiam diri berhubung kes mahkamah itu.

Pejabat Mahkamah Persekutuan ketika berada di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PH) menerima arahan daripada Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menyebut bahawa tuntutan keluarga Kiram ke atas Sabah tidak memberi kesan ke atas Malatysia.- FreeMalaysiaToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *