Kakitangan SEDCO Disahkan Negatif Ujian COVID-19

KOTA KINABALU: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) hari ini mengesahkan seorang kakitangan di Wisma SEDCO itu bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas menjalani ujian di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Merujuk kepada memo dalaman berkaitan status kesihatan seorang kakitangan di Wisma SEDCO yang ditularkan baru-baru ini, pihak Perbadanan ingin memaklumkan bahawa kakitangan tersebut telah disahkan bebas daripada Covid-19 (negatif)  selepas menjalani ujian di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Pihak Perbadanan juga ingin menegaskan bahawa ia mengambil berat sentiasa komited untuk memastikan persekitaran yang sihat dan selamat untuk para pelanggan, orang awam serta warga kerjanya,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, notis penutupan Wisma SEDCO tular di media sosial susulan berlaku kekeliruan bahawa terdapat kakitangan  yang disyaki mempunyai keputusan ujian Covid-19 positif.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *