Penyokong Sambut Ketibaan Musa Aman Di KKIA

Musa semasa tiba di LTAKK petang tadi.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman kembali ke sini selepas beberapa ketika berada di luar negeri ini.

Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) kira-kira jam 3.35 petang selepas menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dan disambut ahli keluarga serta pemimpin politik lain, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau kemudian menaiki kenderaan peribadi sebelum dipercayai menghala ke salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Selasa lalu, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan ADUN Sungai Sibuga itu daripada semua 46 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berhubung kontrak konsesi balak di Sabah. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *