Pengantin Baru Antara Korban Kemalangan Di Tungku

LAHAD DATU: Pasangan pengantin baharu antara enam yang maut dalam kemalangan ngeri di Kampung Membatu, Jalan Tungku, di sini, semalam.

Difahamkan mangsa Hatijah Jakaria, 35, dan suaminya Mohd Jamil Janil, 22, baharu saja bernikah pada 24 Mei lalu, iaitu hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.

Hatijah dan Mohd Jamil baru 19 hari mendirikan rumah tangga.

Ketika kejadian, pasangan itu bersama seorang lagi mangsa Mohamad Faddhil Abd Jaid, 26, menaiki Proton Saga, antara tiga kenderaan yang terbabit dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah lori dan pacuan empat roda Isuzu Dmax.

Menurut sumber, pasangan itu dalam perjalanan ke Bandar Lahad Datu untuk membuat sijil nikah selepas beberapa pejabat kerajaan mula beroperasi secara berperingkat sepanjang tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Selain pasangan pengantin baharu itu, kemalangan tersebut turut meragut seorang anggota polis berpangkat sarjan, Lizam Ibrahim, 50, dan isterinya Suhana Wahap, 39, iaitu pemandu dan penumpang Isuzu Dmax.

Lizam yang baharu saja seminggu bertugas di Balai Polis Cenderawasih itu meninggalkan empat orang cahaya mata berumur antara enam hingga 17 tahun.

Sarjan Lazim dan isteri sempat mengabdikan gambar bersama empat anak mereka pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Seorang lagi mangsa, Tajuddin Mansur, 64, selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter.

Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansor, Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *