Sekolah Mula Dibuka Pada 24 Jun Secara Berperingkat

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah adalah pada tarikh 24 Jun 2020 (Rabu) melibatkan kelas-kelas pemeriksaan awam iaitu SPM, SVM, STPM, STAM.

Menerusi sidang media yang sedang berlangsung oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang disampaikan oleh YB Dr Radzi Jidin berkaitan pembukaan semula sesi persekolahan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM.

Pembukaan sekolah melibatkan kelas-kelas pemeriksaan akan diberi keutamanan seperti SPM, STPM dan STAM.

Waktu rehat pelajar berperingkat, makanan serta minuman dibungkus dan makan dalam kelas dengan pengawasan guru

Ibu bapa, penjaga pastikan murid sihat sahaja ke sekolah, bagi bergejala perlu buat pemeriksaan kesihatan – Menteri Pendidikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *