Memandu Mabuk: Ahli Perniagaan Di Tawau Didenda RM3,000

Tertuduh Fong Chee Hing, 55, didenda RM3000 oleh Mahkamah Majistret Tawau, selepas mengaku bersalah memandu dibawah pengaruh alkohol pada Ogos tahun lalu. Gambar Abdul Rahemang Taiming.

TAWAU: Seorang ahli perniagaan didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tawau kerana memandu di bawah pengaruh alkohol pada Ogos 2019.

Hukuman diputuskan Majistret Dzul Elmy Yunus selepas tertuduh Fong Chee Hing, 55, mengaku bersalah terhadap pertuduhan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara 10 minggu jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, Fong didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol melebihi paras dibenarkan di Jalan Apas, Tawau pada 11.45 malam, 16 Ogos 2019.

Kesalahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM6,000 dan boleh dipenjarakan sehingga 12 bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, Asisten Superintenden Joan Lee, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi ditahan dalam sekatan jalan raya Op Mabuk dan hasil ujian pernafasannya mendapati kandungan alkohol tinggi daripada had dibenarkan.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *