14 Penagih Ditahan Rampas 146 Gram Syabu

Antara syabu yang dirampas.

KINABATANGAN: Polis menahan 14 individu termasuk tiga warga tempatan yang disyaki terbabit dalam kegiatan penagihan serta pengedaran dadah sepanjang minggu lalu.

Semua individu berkenaan ditahan menerusi 16 Op Tapis serta sekatan jalan raya dengan 12 tangkapan daripadanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail, berkata susulan penahanan semua suspek, polis berjaya merampas sebanyak 146.20 gram dadah jenis syabu.

Antara syabu yang dirampas.

“Operasi yang dilaksanakan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik ditumpukan di kawasan dikenal pasti berlaku pengedaran dan penagihan dadah.

“Selain itu, ia menerusi sekatan jalan raya untuk mengesan jaringan bekalan dadah melalui pengangkutan awam, persendirian dan perkhidmatan penting,” katanya di sini, hari ini.

Dzulbaharin berkata, semua suspek sudah dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dan siasatan lanjut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *