Peter Anthony Tiba Di Pejabat SPRM Kota Kinabalu 10.20 Pagi

Peter melambai ke arah petugas media ketika tiba di pekarangan pejabat SPRM KK.

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Peter Anthony memasuki pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat pukul 10.20 pagi ini.

Beliau hadir selepas dipanggil SPRM untuk membantu siasatan berhubung satu kes yang sedang disiasat agensi itu.

Peter masuk ke pejabat SPRM sambil ditemani peguam, Cedric Choo; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Kapor, Ben Chong, ADUN Karamunting, George Hiew dan Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Loretto Padua Jr.- BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *