Dr M, Shafie Sertai Mesyuarat PH Diketuai Anwar

(Dari kiri, belakang) Shafie Apdal, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohamad dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menghadiri mesyuarat PH yang diadakan di ibu pejabat PKR hari ini.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Warisan, Shafie Apdal dan pemimpin tertinggi Pakatan Harapan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat PKR hari ini.

Mesyuarat hari ini akan diketuai Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

“Perjumpaan itu bagi membincangkan isu politik semasa,” kata sumber.

Bekas perdana menteri itu dan Shafie tiba kira-kita 3 petang tadi.

Ini kali pertama Mahathir dan Shafie ke ibu pejabat PKR selepas kerajaan PH tumbang akhir Februari lalu.

Selain pemimpin utama PH daripada PKR, Amanah dan DAP, turut hadir ialah bekas timbalan presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan bekas setiausaha agung PPBM, Marzuki Yahya.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan Mahathir dan Anwar mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini sebelum menyertai mesyuarat bersama pimpinan PH.

Dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha PH mengambil alih kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Spekulasi PH cuba mengambil alih kerajaan yang diterajui PN bertiup kencang sejak beberapa minggu lalu.- FMT

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *