Dua Kes Positif Covid-19 Baharu Di Sabah Merupakan Adik Beradik

KOTA KINABALU: Dua kes baharu positif COVID-19 di daerah Tuaran, dilaporkan semalam membabitkan adik-beradik yang tinggal serumah.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Christina Rundi, berkata dua kes berkenaan dikategorikan sebagai jangkitan tempatan.

“Mereka dikesan mempunyai kontak rapat dengan kes positif sebelum ini.

“Siasatan awal menunjukkan kemungkinan jangkitan tersebut berlaku disebabkan aktiviti luar berikutan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan agar kita dapat mengenalpasti punca sebenar jangkitan bagi kes ini,” katanya dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam pada itu, Christina menyatakan kedua-dua kes terbabit sudah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabrth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Menurut beliau, aktiviti kawalan dan pencegahan turut dipertingkatkan di lokasi kediaman pesakit berkenaan termasuklah lokasi-lokasi lain yang dikenalpasti.

Terdahulu Sabah merekodkan sebanyak 353 kes semalam dengan pertambahan dua kes baharu.- Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *