Bayi 8 Bulan Positif Covid-19 Kes Terbaharu Di KK

Gambar Hiasan

PUTRAJAYA: Bayi berusia lapan bulan ialah antara tujuh kes baharu COVID-19 dilaporkan, hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, bayi terbabit disahkan positif wabak itu selepas menjalani saringan untuk prapembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) di Likas, Sabah.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Satu daripada dua kes Covid-19 baharu yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan seorang bayi berusia lapan bulan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham.

Menurut beliau, bayi itu didapati positif setelah menjalani saringan untuk pra-pembedahan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih sedang menyiasat punca jangkitan terhadap bayi berkenaan.

“Siasatan melibatkan ujian saringan terhadap ahli keluarga bayi itu … Perkara ini masih dalam proses,” katanya semasa sidang media di sini, hari ini.

Satu lagi kes Covid-19 terbaharu di Sabah pada hari ini dilaporkan di Pitas, iaitu kes pertama di daerah itu. Kini, jumlah jangkitan Covid-19 di Sabah berjumlah 335 kes.

Secara keseluruhan, sebanyak 8,329 kes positif telah dilaporkan di Malaysia, termasuk tujuh kes baru yang dilaporkan hari ini. – BH Online BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *