PKPB: Agong Titah Batalkan Acara Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar semua acara sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda dibatalkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Seri Paduka Baginda bertitah demikian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam usaha penularan mengekang COVID-19.

“Sebaliknya baginda mengajak rakyat untuk bersama berdoa agar Malaysia terus dilindungi dan dirahmati agar wabak ini dapat diakhiri dengan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ahmad Fadil berkata Al Sultan Abdullah turut menzahirkan setinggi penghargaan kepada petugas barisan hadapan di atas pengorbanan dan komitmen yang dicurahkan mereka dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

“Rakyat diseru agar terus bersabar dan berdisiplin dengan tatacara serta amalan kebiasaan baharu dan mematuhi semua perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan.

“Disiplin rakyat ialah kunci utama yang akan menentukan kemenangan negara memtutuskan rantaian penularan wabak COVID-19,” ujarnya lagi. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *