Pengerusi Perbadanan Labuan Dipecat

Amir Hussein

KOTA KINABALU: Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussein telah dipecat sejak Jumaat lalu oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Surat pemecatan daripada Annuar yang diserahkan kepada Amir bagaimanapun tidak menjelaskan tentang sebab-sebab pemecatan tersebut, namun dipercayai berkaitan pengaruh politik.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subperenggan 1(2) Jadual Pertama, Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609), saya, Tan Sri Annuar Musa, menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Labuan membatalkan pelantikan Datuk Seri Amir Hussein sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan,” jelas surat tersebut.

Pemeriksaan di laman web rasmi Perbadanan Labuan mendapati jawatan Pengerusi itu telah dikosongkan dan masih belum ada nama baharu dilantik.

Amir yang merupakan tokoh korporat tempatan dilantik ke jawatan tersebut pada 24 Oktober 2018 oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad.

Sebelum Amir, jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *