Covid-19: Tiada Kes Baharu Di Sabah, Satu Pulih Hari Ini

KOTA KINABALU: Tiada kes positif Covid-19 baharu dicatatkan di Sabah hari ini dengan jumlah keseluruhan kes yang pernah direkodkan kekal sebanyak 351 kes.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau hari ini turut menyaksikan seorang lagi pesakit telah sembuh dan discaj.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di Sabah ialah sebanyak 337 dan ini bermakna jumlah kes aktif juga menurun menjadi sembilan kes berbanding 10, semalam.

Sementara itu, jumlah daerah yang masih mempunyai kes aktif dan dikategorikan sebagai zon kuning juga kekal enam iaitu Tawau, Kota Kinabalu dan Beaufort yang masing-masing mencatat dua kes manakala Tuaran, Penampang dan Putatan masing-masing catat satu kes.

Dalam pada itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Kuala Lumpur yang mencatat sebanyak 2,389, Selangor (1,953), Negeri Sembilan (910), Johor (676), Sarawak (555) dan Pahang (363).- Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *