Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Dijangka Berlaku Awal Pagi Esok

Gambar Hiasan

Gerhana Bulan Penumbra dijangka berlaku pada awal pagi esok bersamaan 14 Syawal atau 6 Jun 2020. Menurut laman Mufti Wilayah Persekutuan, fenomena itu bakal bermula pada 1.45 pagi dan berlaku sekitar tiga jam dan 18 minit.

Waktu maksimum terjadinya gerhana ialah pada 3.24 pagi dan ia dijangka tamat sekitar 5.04 pagi.

Gerhana ini berlaku ketika fasa purnama apabila bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.

“Namun, bulan hanya masuk di kawasan bayang-bayang bumi yang tidak gelap (penumbra). Warna permukaan bulan hanya mengalami sedikit perubahan dari warna putih bersinar ke putih suram.”

Oleh begitu, kerana kesan penumbra yang amat sedikit membuatkan ia hampir tak dapat dilihat dengan mata kasar.

“Solat Sunat Khusuf (gerhana bulan) tidak disyariatkan untuk fenomena ini,” kata Mufti WP. – Mufti Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *