Tanam ‘Hidup-Hidup’ Selepas Pukul Kepala Isteri Dengan Kayu

Gambar Hiasan

NEW DELHI: Akibat perselisihan faham dalam rumah tangga, seorang lelaki di India tergamak memukul kepala isterinya dengan kayu sebelum menanam wanita itu ‘hidup-hidup’.

Menurut jurucakap Balai Polis Kodavaluru, Pratap mengesahkan, kejadian berlaku 27 Mei lalu di kediaman pasangan itu yang menetap di kampung Gotlapalem daerah Nellore di negeri ‎Andhra Pradesh.

Foto : bignewsnetwork.com

“Pada malam itu, pasangan itu menghabiskan masa minum arak sebelum bertengkar mengenai satu isu.

“Budabukkala Swamulu, 30, bertindak di luar kawalan apabila memukul isterinya, Ponnuru Subhashini, 37, dengan sebatang kayu.

“Wanita itu pengsan dan jatuh,” katanya seperti dipetik portal Gulf News.

Katanya, anak perempuan Subhashini berusia tujuh tahun yang menjadi saksi kejadian memaklumkan lelaki itu menanam ibunya hidup-hidup.

“Swamulu menggali lubang berhampiran dan menanam Subhashini yang dilaporkan masih lagi bernyawa antara malam 27 Mei hingga 28 Mei itu.

“Suspek sempat mengancam kanak-kanak itu sebelum melarikan diri.

“Polis masih mencari suspek dan butiran lanjut punca kematian wanita itu akan diketahui selepas laporan penuh bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, ini adalah perkahwinan kali ketiga mangsa.

Mayat wanita itu digali semula dan dibawa ke hospital kerajaan di negeri itu untuk proses bedah siasat.

Kertas siasatan dibuka dan siasatan masih lagi dijalankan.- Agensi

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *