PM Kembali Bertugas Selepas Kuarantin 14 Hari

Peradana Menteri hari ini kembali memasuki pejabat selepas selesai menjalani kuarantin selama 14 hari.

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tamat tempoh kuarantin selama 14 hari sejak 22 Mei lalu, hari ini kembali ke pejabat.

Perdana Menteri memulakan tugas dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum mesyuarat Jemaah Menteri menerusi persidangan video.

Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang diadakan secara persidangan dengan menteri berada di dua bilik mesyuarat berasingan di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

“Langkah yang julung kali diadakan itu bagi menjamin amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa,” menurut kenyataan yang dikongsi Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook rasminya, hari ini.

Muhyiddin menjalani perintah kuarantin selepas seorang daripada pegawai yang hadir pada mesyuarat pascaKabinet di pejabat Perdana Menteri disahkan positif COVID-19.

Sepanjang tempoh kuarantin itu, Perdana Menteri menjalankan tugas rasmi dari rumah.

Pada 2 Jun lalu, Perdana Menteri sekali lagi menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.- Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *