Pesawat MASwings Berpatah Balik

Gambar Hiasan

MIRI: Seramai 29 penumpang pesawat MASwings dalam penerbangan dari Miri ke Labuan menempuh detik cemas apabila pesawat berkenaan berpatah balik ke Miri, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4.10 petang itu berlaku selepas ada yang mendakwa asap keluar dari kabin pesawat ATR 72-500 itu.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada jam 4.32 petang.

Berikutan itu, katanya tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikejarkan ke Lapangan Terbang Miri.

“Bomba menerima panggilan memaklumkan terdapat asap keluar dari kabin pesawat yang ketika itu baru berlepas ke Labuan.

“Pesawat itu yang berlepas pada jam 4.05 petang kemudian berpatah balik dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Miri pada jam 4.24 petang,” katanya.

Ling Hii berkata, sebaik mendarat, pihak pengurusan Lapangan Terbang Miri mengesahkan tiada kebakaran berlaku pada pesawat berkenaan.

“Bagaimanapun, penerbangan dibatalkan dan semua penumpang berada dalam keadaan selamat,” katanya.

Katanya, kejadian itu masih dalam siasatan lanjut oleh Bomba Lapangan Terbang dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB).- BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *