“Bosan Dengan Alasan”, Penduduk Kampung Ranggu Minta Campur Tangan Ketua Menteri Sabah

Bosan dengan alasan dan penjelasan yang diberikan, penduduk di kawasan Dun Balung Tawau hari ini turun menunjukkan protes dengan menampal plakad di tapak projek Pembinaan Jambatan Konkrit Ranggu yang terbengkalai.

Penduduk kampung kesal apabila projek pembinaan jambatan di laluan utama itu tidak menunjukkan sebarang kemajuan setelah jambatan asal dirobohkan pada 25 November 2019. Ketika ini, penduduk terpaksa menggunakan jalan sempit dengan lencongan yang berbahaya sebagai jalan alternatif.

“Ketua Menteri Mohon Campur Tangan” – Antara plakad yang ditampal

Merasakan aduan mereka seperti tidak diendahkan, penduduk akhirnya mengambil jalan menyebarkan masalah tersebut di media sosial.

Akhirnya, ADUN N55 Balung, YB Datuk Osman Jamal mengambil inisiatif mengadakan Program Soal Jawab Bersama Pemimpin pada 9 Februari 2020 untuk menjelaskan situasi semasa mengenai projek tersebut.

Walaubagaimanapun, menurut Herman Banddu yang menghadiri perjumpaan tersebut, janji untuk kontraktor memulakan kerja pada 11 Februari 2020 langsung tidak ditepati apabila tiada sebarang kerja dilakukan selepas tarikh tersebut sehingga ke hari ini.

Rata-rata penduduk Balung yang terkesan merasakan wakil rakyat mereka gagal menyelesaikan masalah tersebut dan berharap agar Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal campur tangan dan mempercepatkan pembinaan projek itu.

Jambatan Ranggu itu merupakan laluan utama kepada kira-kira 5000 penduduk yang tinggal di beberapa buah taman perumahan dan kampung di kawasan tersebut. – Sabah Info

Aduan Penduduk Kampung Ranggu, Tawau :

https://www.facebook.com/Mr.Kmang/posts/3399563563406119
https://www.facebook.com/Mr.Kmang/posts/3401967796499029
https://www.facebook.com/Mr.Kmang/posts/3210341505661660
https://www.facebook.com/qasehsafiya.safiya/posts/1040552959652190
https://www.facebook.com/man.azwan/posts/1880742582069657

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *