Percaya Cakap Bomoh, Bayi 5 Bulan Maut Dipercayai Diberi Minum Darah Penyu Nak Elak Covid-19

Gambar Hiasan

Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas diberi minum darah penyu oleh keluarganya untuk melindungi daripada dijangkiti Covid-19.

Difahamkan, kejadian di Haiti itu berlaku akibat saranan seorang bomoh yang mendakwa kesan meminum darah penyu boleh menyebabkan mereka sekeluarga terhindar daripada dijangkiti wabak maut itu.

Menurut laporan media tempatan, kakak mangsa yang berusia tujuh tahun dan ibu bapanya telah dikejarkan ke hospital sejurus meminum darah penyu tersebut.

Malangnya, bayi malang itu dilaporkan sudah pun meninggal dunia ketika sampai di Hospital Rosa Duarte di Comendador, lapor media.

Keluarganya yang masih lagi menerima rawatan berada dalam kondisi yang serius namun stabil.

Manakala, perkembangan mengenai bomoh yang bertanggungjawab dalam memberikan saranan yang tidak masuk akal ini masih belum dapat dipastikan.

Setakat ini, Haiti mencatatkan sebanyak 1,320 kes jangkitan Covid-19 dengan 34 kes kematian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Sumber: Daily Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *