Covid-19: Lebih 350,000 Kematian Diseluruh Dunia

Gambar fail, pekerja tanah perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta memakai pakaian perlindungan diri (PPE) ketika mengurus jenazah pesakit Covid-19. Foto AFP

Paris: Sehingga kini lebih 350,000 kematian akibat Covid-19 direkodkan di seluruh dunia.

Berdasarkan data dikumpul AFP menerusi sumber rasmi, kematian itu daripada 5,589,389 kes aktif dengan 173,713 kematian berlaku di Eropah.

Amerika Syarikat pula mencatat kematian tertinggi iaitu 98,929 kes, diikuti Britain dengan 37,048 kematian, Itali (32,955), Perancis (28,530) dan Sepanyol (27,117).

Bagaimanapun, jumlah kes yang didiagnosis hanya mencerminkan sebilangan kecil daripada jumlah jangkitan sebenar.

Ini kerana banyak negara hanya menguji kes serius selain faktor kekurangan kapasiti pengujian.- AFP

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *