Dua Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Semporna

Foto Media Sosial

SEMPORNA: Sebanyak dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sungai Buaya, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Semporna, Fazizul Hizam Borhan berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada jam 8.55 pagi tadi.

Foto Media Sosial

“Selepas menerima panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik sampai, sebuah rumah musnah sepenuhnya, manakala api sedang merebak ke sebuah rumah yang terletak berhampiran,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 9.45 pagi dan tamat pada jam 11.30 malam.

“Ekoran kejadian tersebut, sebuah rumah musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi diangarkan 20 peratus terbakar.

Foto Media Sosial

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan berlaku,” katanya.

Menurut Fazizul, sehingga kini, pihaknya masih menyiasat punca kejadian dan jumlah kerugian yang ditanggung mangsa ekoran kebakaran tersebut.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *