Covid-19: Dua Kes Baharu Di Sabah Hari Ini, Ranau Kembali Catat Kes Aktif

KOTA KINABALU: Ranau kembali mencatat kes aktif Covid-19 apabila merekodkan satu daripada dua kes baharu di Sabah, hari ini.

Statistik terbaharu yang dimuat naik Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung dalam Facebook beliau sebentar tadi menyaksikan satu lagi kes baharu dicatatkan di Lahad Datu.

Sementara itu, seorang lagi pesakit jangkitan wabak itu telah sembuh dan dibenarkan pulang hari ini menjadikan jumlah kes sembuh kini sebanyak 305.

Ini bermakna jumlah kes aktif yang masih dirawat di Sabah ketika ini sebanyak 33, meningkat satu kes berbanding semalam.

Sementara itu, tiada kematian dicatatkan di Sabah, hari ini, dengan jumlah korban akibat Covid-19 di negeri ini kekal lima kes iaitu tiga kes berlaku di Kota Kinabalu manakala Tawau dan Tambunan masing-masing satu kes.

Sabah juga kini menjadi negeri ketujuh tertinggi mencatatkan Covid-19 di belakang Selangor yang mencatat sebanyak 1,776, Kuala Lumpur (1,692), Negeri Sembilan (792), Johor (671), Sarawak (545) dan Pahang (344). – Berita Sabah

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *