Pesawat Penumpang Pakistan International Airlines Terhempas Di Bandar Karachi

Keadaan lokasi nahas yang turut menjejaskan kawasan perumahan bandar berdekatan lapangan terbang di Karachi.

PAKISTAN: Sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Pakistan International Airlines terhempas berhampiran bandar pelabuhan selatan Karachi pada Jumaat, mengorbankan kira-kira 107 penumpang termasuk anak kapal.

Kejadian itu disahkan sendiri oleh Datuk Bandar Wasim Akhtar, yang melaporkan bahawa sekurang-kurangnya lima atau enam buah rumah musnah dalam nahas itu.

Keadaan lokasi nahas yang turut menjejaskan kawasan perumahan bandar berdekatan lapangan terbang di Karachi.

Bagaimanapun, jumlah korban keseluruhan korban yang melibatkan penghuni di kawasan perumahan itu masih belum diketahui setakat ini.

Memetik laporan portal berita CNN, pihak Lembaga Penerbangan Awam mengesahkan bahawa penerbangan itu membawa 99 penumpang dan 8 anak kapal.

Penerbangan PK8303 yang berlepas dari Lahore dan dijadualkan mendarat pada pukul 2:30 petang, waktu tempatan di Karachi dikatakan hilang dari radar.

Susulan itu, media tempatan menjelaskan bahawa operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan dan petugas kecemasan telah tiba di tempat kejadian. – Awani

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *