(VIDEO) Tular Dibuli, Adik Rizal Si Penjual Karipap Kini Terima Biasiswa Pendidikan, Motosikal Baru

Sejak beberapa hari lalu, tular video seorang kanak-kanak lelaki bernama Rizal diganggu oleh sekumpulan remaja di media sosial.

Lebih menyedihkan, Rizal mencari rezeki dengan menjual kuih sekitar rumahnya di Sulawesi Selatan, Indonesia.

Menerusi perkongsian di Twitter milik @Pakaluru_MKS, lebih mengejutkan, Rizal yang berusia 12 tahun tidak pernah memberitahu keluarganya mengenai perlakuan sekumpulan remaja berkenaan yang sering mengganggu dan membulinya.

Melihat Rizal di dalam dua video berasingan berdurasi 0:11 dan 0:59 saat tersebut, Rizal hanya mendiamkan diri kerana tidak mampu untuk ‘melawan’.

Selepas kejadian itu tular, sekumpulan remaja tersebut telahpun dibawa ke balai polis bagi disiasat dan dikenakan tindakan lanjut.

Rezeki buat Rizal, orang ramai hadir membantunya sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa.

Menurut laporan UPEKS, Rizal telah menerima sumbangan sebuah motosikal dan biasiswa pendidikan selamas tiga tahun daripada pemimpin Sulawesi Selatan (Sulsel).

Terbaharu, media Indonesia turut memaklumkan Rizal turut menerima sebuah basikal dari IAM Centre.

Buat orang ramai, jadikan kisah adik Rizal sebagai tauladan. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Semoga terus dimurahkan rezeki! – Sinar Plus

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *