Merompak Demi Kekasih, Lelaki Ini Insaf Selepas Kekasihnya Berkahwin Dengan Lelaki Lain

Seorang pemuda yang berasal dari Palembang, Indonesia mengakui bahawa dia telah melakukan rompakan demi untuk memenuhi rasa cinta kepada kekasihnya.

Dia yang berusia 26 tahun mengaku bahawa menghabiskan wang dari menjual motosikal yang dicuri untuk kesenangan hidup kekasihnya.

Dia turut mengaku kepada pihak polis bahawa dia telah merompak sebanyak 10 kali di 10 lokasi yang berbeza demi untuk memenuhi perkara terindah dalam kehidupan manusia, iaitu cinta.

Namun, apa yang dibayangnya tidak kekal lama apabila teman wanitanya telah memilih untuk mengahwini lelaki lain.

“Saya menjual motosikal berharga Rp.500 ribu seunit, saya biasanya melakukannya dengan kawan-kawan. Wang itu untuk teman wanita saya, tetapi saya sakit hati kerana tidak dapat berkahwin [dengannya], walaupun saya sering membeli pakaian untuknya,” katanya.

Sejak ditinggalkan teman wanitanya, dia mula berubah dan berhenti merompak. Dia kini menjadi penjaga parkir,”Saya tahu yang saya sedang diburu oleh pihak polis, jadi saya berpindah-randah.

Saya sudah lama menjadi petugas parkir.” Ketika ditahan polis, dia masih bekerja sebagai petugas parkir di Jalan Veteran, Palembang, lapor Kompas.

Polis menjelaskan bahawa aktiviti rombakan yang dilakukan oleh pemuda itu dan kumpulannya adalah dengan menyasarkan golongan kanak-kanak dan wanita yang memandu di tempat sunyi.

“Suspek adalah buruan kami selama satu tahun, kami masih mengejar rakannya yang lain. Setakat ini dia mengaku telah merompak 10 kali,” kata Katim Resmob Palembang Polrestabes Ipda Agus Akbar.

Pemuda ini dilaporkan bakal menerima hukuman penjara lima tahun dan akan menyebabkan dia tidak akan bertemu lagi cintanya yang sejati semasa hayatnya di dalam penjara. – TheVocket

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *