Lelaki Ingkar Kuarantin, Pindah Ke Kudat

KOTA KINABALU: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang ingkar terhadap arahan kuarantin di rumahnya di Kampung Cenderakasih, Kota kinabalu, semalam.

Lelaki berusia 35 tahun itu dikatakan diarah menjalani kuarantin selepas dipercayai berhubung rapat dengan seorang pesakit Covid-19 namun gagal dikesan ketika ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dipercayai berpindah ke lokasi baharu di Kudat.

“Suspek diperintah menjalani kuarantin di Kampung Cenderakasih sejak 8 Mei sehingga 21 Mei.

“Dalam ujian pertama pada 18 Mei, suspek dimaklumkan oleh pihak hospital yang keputusannya adalah negatif.

“Suspek sepatutnya melakukan ujian saringan sampel kedua pada 20 Mei di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI),” katanya dihubungi hari ini.

Habibi berkata, semakan mendapati suspek mempunyai kes jenayah lampau membabitkan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.- HMetro

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *