Khidmat Gunting Rambut Masih Tidak Dibenarkan

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih belum membenarkan perkhidmatan gunting rambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu belum diputuskan walaupun sektor perkhidmatan itu ada membuat permohonan kelonggaran untuk kembali beroperasi.

“Saya tahu menjelang hari raya ini, perkhidmatan gunting rambut ini mendapat permintaan yang tinggi. Namun, sehingga kini kita masih tidak benarkan ia beroperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan beliau ada menerima permohonan daripada persatuan dan pengusaha perkhidmatan gunting rambut yang turut menyatakan komitmen akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, setakat ini mesyuarat khas menteri belum membincangkan perkara itu dan kekal dengan keputusan sebelum ini masih tidak membenarkan ia beroperasi. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *