Jangan Samakan Pusat Kuarantin Dengan Rumah Sendiri, Hotel – JKNS

KOTA KINABALU:  Pengarah Kesihatan  Sabah, Datuk Dr. Christina Rundi mengingatkan orang ramai untuk tidak menyamakan pusat kuarantin dengan rumah sendiri atau hotel.

Beliau memaklumkan perkara tersebut susulan terdapat pelbagai aduan yang disebarkan melalui media sosial mengenai keadaan pusat kuarantin di negeri ini.

“Pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) ingin mengingatkan semua yang terkesan bahawa pusat kuarantin yang ada di seluruh negeri Sabah bukanlah dibina khas sebagai pusat kuarantin dan tidak sepatutnya disamakan dengan rumah sendiri atau hotel.”

“Kebanyakan pusat kuarantin merupakan asrama sekolah, tempat tinggal guru pelatih, rumah rehat kerajaan atau rumah PPR.

“Tempat-tempat tersebut merupakan kediaman orang sebelum dijadikan pusat kuarantin semasa wabak Covid-19”,katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, semua pihak yang terlibat dalam pengurusan di pusat kuarantin telah mengambil maklum mengenai aduan-aduan tersebut dan berusaha membuat penambahbaikan.

Tambahnya, wabak Covid-19 adalah suatu krisis yang tidak diduga dan berharap agar semua individu dalam siasatan (PUI) yang ditempatkan di pusat kuarantin dapat melihat gambaran yang lebih besar dan sentiasa berfikiran positif.

Menurut beliau, setakat semalam, seramai 2,788 PUI sedang menjalani kuarantin di 44 buah pusat kuarantin di seluruh negeri Sabah dan seramai 8,032 orang sedang menjalani perintah kuarantin di rumah. – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *