Polis Tahan Ketua Pemuda Bahagian Di Sabah

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Polis menahan ketua pemuda bahagian sebuah parti politik dalam keadaan khayal disyaki terbabit dalam penagihan dadah berhampiran pondok pengawal, Kem Paradise di Kota Belud dekat sini, malam tadi.

Suspek berusia 30-an itu dikatakan ditahan kira-kira jam 8 malam oleh pasukan polis selepas menerima maklumat daripada pihak tentera di kem berkenaan.

Difahamkan, suspek yang memandu sebuah kenderaan pergi ke kem tentera berkenaan sebelum ditahan untuk tujuan pemeriksaan oleh pihak tentera bertugas.

Ketika diperiksa, suspek disyaki dalam keadaan khayal sebelum anggota tentera memaklumkan perkara itu kepada polis.

Susulan laporan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bergegas ke lokasi dan bertindak memeriksa dan menahan suspek terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan masih dijalankan.

Sejak pagi tadi, beberapa keping gambar suspek tular di media sosial yang mendakwa suspek kes positif syabu.

Selain itu, suspek yang didakwa khayal melakukan kawad adalah tidak benar.- Berita Harian

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Info Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *