PKPB: Sekolah, Pusat Hiburan Tetap Dilarang Dibuka

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan semua sekolah termasuk sekolah swasta dan pusat hiburan tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sekolah dan pusat hiburan turut termasuk dalam senarai terlarang dibuka mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Larangan bagi sekolah adalah sekolah kerajaan, menengah kerajaan termasuk sekolah swasta rendah, menengah dan sekolah antarabangsa.

“Jika ada laporan sekolah terbabit dibuka ketika PKPB, Kementerian Pendidikan akan siasat dan jika didapati dibuka, akan diarah ditutup.

“Begitu juga kelab malam, pub atau bar, semua di bawah kategori pusat hiburan yang termasuk dalam senarai terlarang. Kalau ada yang dibuka, kita akan maklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menutupnya.

“Kita tidak akan berkompromi kerana semua termasuk dalam senarai dilarang beroperasi atau dibuka,” katanya pada sidang media harian PKPB di Putrajaya, hari ini. – Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *