17 Kes Baharu Covid-19 Dan 1 Kematian Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa terdapat 17 kes baharu jangkitan Covid-19 setakat jam 12 pm, 16 Mei 2020.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 5 kes daripadanya adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Kesemua kes yang dikesan telah diasingkan untuk rawatan lanjut. Pertambahan kes baharu yang dilaporkan itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif meningkat kepada 6,872 kes.

Daripada jumlah kes positif yang masih aktif, sebanyak 13 kes dilaporkan sedang dirawat di ICU dan 5 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, KKM turut berdukacita untuk memaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan Covid-19. Justeru daripada itu, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia bertambah kepada 113 kes (1.64% daripada jumlah keseluruhan kes).

Maklumat Mangsa Korban

Kes kematian ke-113 (kes ke-6856) merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 53 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Beliau adalah merupakan seorang kakitangan perubatan KKM di Sabah
(namun telah bercuti sakit disebabkan barah).

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah, Likas pada 5 Mei 2020 disebabkan kesihatan beliau yang semakin merosot. Beliau didapati positif COVID-19 dan disahkan meninggal dunia pada 7 Mei 2020 jam 1.30 petang.

https://m.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/photos/a.390879946236/10157049702821237/?type=3

Sumber: KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *